Lembaga Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sebagai ejen korporat untuk mengutip zakat bagi kedua-dua lembaga mulai tahun ini.
Mercy Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi kemanusiaan di 32 negara.
Pelantikan itu membolehkan Mercy Malaysia mengutip zakat daripada orang ramai dan badan korporat sebagai antara kaedah agensi kemanusiaan tersebut mengumpul dana bagi membiayai misi kemanusiaan di seluruh dunia.
Setiausaha Kehormat Razi Pahlavi Abdul Aziz berkata sejak 2017, Mercy Malaysia memulakan usaha mencari dana dengan menerima wang zakat daripada pelbagai pihak sebagai sumber utama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan.
"Bagi melayakkan Mercy Malaysia dikategorikan sebagai salah satu golongan yang layak menerima zakat, kami turut mengadakan perbincangan dengan pusat-pusat zakat dan Majlis Agama Islam Negeri dengan menekankan isu-isu kemanusiaan serta bantuan perubatan yang disalurkan.
"Mercy Malaysia turut mengetengahkan kaedah menjana dana mengikut syarak bagi membiayai aktiviti kemanusiaan melalui Pembiayaan Sosial Islamik (ISF)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Razi Pahlavi berkata ISF yang dilancarkan tahun lalu mengetengahkan beberapa kaedah untuk membolehkan Mercy Malaysia menerima dana patuh syariah melalui kaedah zakat, wakaf, duit pensucian, derma, sukuk dan kewangan mikro.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga melihat metodologi ini (ISF) sebagai satu alternatif yang sesuai dan efektif untuk menjana dana bagi membiayai program-program kemanusiaan, katanya.
"Dalam perbincangan itu, mereka meminta kepakaran teknikal kita serta belajar dengan lebih mendalam berhubung ISF.
"Pada Mac lalu, dua wakil Mercy Malaysia turut dihantar ke Geneva bagi meneruskan perbincangan berkaitan ISF," kata Amrul Hazarin.
Ketika Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia di Istanbul pada 2016, pihak berkepentingan global melihat inisiatif ISF sebagai satu konsensus yang perlu diketengah hasil cetusan idea Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui ucaptama pada persidangan itu, katanya.
"Sehingga kini, jumlah kutipan melalui inisiatif ISF berjumlah RM500,000 sejak dilancarkan tahun lepas, manakala Mercy Malaysia adalah penerima sumbangan dan fidyah Lembaga Zakat Selangor dan Baitulmal Wilayah Persekutuan bagi menyediakan bantuan perubatan kepada masyarakat pelarian," katanya.
Beliau berkata Mercy Malaysia turut melantik Datuk Dr Mohd Daud Bakar, yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, sebagai panel syariahnya.
Mercy Malaysia juga telah membuka satu akaun bank khusus bagi menerima zakat. Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Mercy Malaysia, boleh e-melkan soalan ke [email protected]
Mercy Malaysia, yang ditubuhkan 20 tahun lepas, menjalankan misi kemanusiaan di negara bergolak akibat bencana, peperangan dan konflik dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk perubatan kecemasan, pemulihan, pembinaan semula, rehabilitasi dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019
Mercy Malaysia juga telah membuka satu akaun bank khusus bagi menerima zakat.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia
Sejak 2017, Mercy Malaysia memulakan usaha mencari dana dengan menerima wang zakat daripada pelbagai pihak sebagai sumber utama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan.