Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Zakir Naik hadir KL Summit 2019

Zakir Naik hadir KL Summit 2019
Zakir hadir ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas Zakir Naik membuat kemunculan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang sedang berlangsung di ibu negara mulai Rabu.

Zakir dilihat memasuki dewan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diiringi beberapa orang kenalannya ketika perasmian sidang kemuncak tersebut.

Selain itu, beliau juga turut sama menghadiri sesi Sidang Meja Bulat pertama yang mengupas keutamaan dan cabaran dunia Islam.

Sidang Meja Bulat tersebut menampilkan tiga panel utama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani
KL Summit 2019 yang membuka tirai pada Rabu menjadi platform menilai dan menggariskan semula keutamaan dalam kalangan negara Islam ke arah kemakmuran dan kemajuan bersama.