awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakir Naik tiada dalam senarai orang dikehendaki, pengganas - KDN

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2019
09:34 MYT
Zakir Naik tiada dalam senarai orang dikehendaki, pengganas - KDN
Nama Zakir juga tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. - Gambar fail
Hasil semakan Kementerian Dalam Negeri mendapati pendakwah dari India, Dr Zakir Naik tiada dalam senarai merah Interpol sebagai orang dikehendaki.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nama Zakir juga tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin dalam jawapan bertulis kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu pendirian kerajaan dalam berhadapan desakan kerajaan India bagi mengekstradisi Zakir.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia ada hak untuk tidak memenuhi permintaan India agar Zakir diekstradisi kerana menganggap ia bersifat politik.
“Beliau memasuki dan keluar dari Malaysia melalui saluran yang sah dari segi undang-undang.
“Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan, Malaysia berhak mempertimbangkan untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi tersebut seperti dinyatakan Artikel 6 Perenggan (1)(a) Artikel 6 Triti Ekstradisi tanpa menyatakan keperluan sebab penolakan permintaan ekstradisi tersebut," katanya.
Muhyiddin berkata, selain itu, terdapat peruntukan untuk tidak meneruskan proses ekstradisi dengan mengambil kira segala hal keadaan demi kepentingan keadilan jika orang yang dikehendaki tersebut tidak akan mendapat keadilan jika dihantar pulang atau terdapat suatu penindasan atau ancaman nyawa terhadapnya.
Katanya, kerajaan juga tidak pernah memberi layanan istimewa kepada Zakir seperti yang diuar-uarkan di media sosial.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia berhak menolak sebarang permohonan ekstradisi untuk Zakir jika yakin pendakwah itu tidak akan mendapat keadilan di India.
Dr Mahathir menyamakan kes Zakir dengan usaha Malaysia membawa pulang Sirul Azhar Umar dari Australia.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Resolusi Majlis Keselamatan
#Sirul Azhar Umar
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan