Tutup

Zakir Naik tidak akan dihantar pulang - Tun M

Zakir Naik tidak akan dihantar pulang - Tun M
Pendirian Dr Mahathir bahawa Zakir Naik tidak akan dihantar pulang masih sama. - Gambar fail
PENDAKWAH bebas, Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India, demikian penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Buat masa ini, tiada perubahan (pendirian)," kata beliau seperti dilaporkan portal Utusan Online hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian selepas majlis perjumpaan bersama 1,500 pegawai kerajaan gred 41 hingga 48 di Putrajaya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, Zakir tidak akan dihantar pulang sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.
Dr Mahathir juga berkata, Malaysia tidak boleh mengusir Zakir kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Penceramah itu kini sedang disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang dikatakan berbaur perkauman.

BACA: 'Saya mohon maaf' - Zakir Naik akui tiada niat sakiti hati masyarakat bukan Islam

B
ACA: Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara

Tag: Zakir Naik tidak akan dihantar pulang, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Zakir Naik, pendakwah, India


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.