awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Negara bakal turunkan kadar tiket sehingga 27%

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
09/02/2016
12:52 MYT
Zoo Negara bakal turunkan kadar tiket sehingga 27%
ROSLY: Jawatankuasa Zoo Negara bersetuju untuk menurunkan harga tiket di mana kedua-dua tiket zoo dan tiket melawat panda gergasi tidak lagi akan dijual berasingan. - Foto Astro AWANI
Zoo Negara bakal menurunkan kadar tiket sehingga 27 peratus, bagi menarik lagi ramai pengunjung melawat ke zoo berkenaan.
Timbalan Presidennya, Rosly @ Rahmat Amat Lana berkata, harga tiket terbaru tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Mac nanti.
"Jawatankuasa Zoo Negara bersetuju untuk menurunkan harga tiket di mana kedua-dua tiket zoo dan tiket melawat panda gergasi tidak lagi akan dijual berasingan.
"Kalau dulu harga tiket dewasa yang membawa MyKad, temasuk melawat panda gergasi adalah RM55. Nanti harga tersebut akan diturunkan kepada RM43. Bagi yang tidak mempunyai MyKad kekal pada harga RM85," tambah Rosly.
Sambut Tahun Baru Cina di Zoo Negara
Sementara itu bagi harga tiket kanak-kanak yang memegang kad MyKid, Rosly berkata, harga tiket akan turun kepada RM16, berbanding harga asal tiket dan melawat panda gergasi yang kini berharga RM22.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Zoo Negara pada tengah hari tadi.
Pelbagai aktiviti diadakan di Zoo Negara sempena sambutan Tahun Baru Cina tersebut, termasuk pertunjukan tarian singa dan pertandingan makan limau terbanyak.
Acara kemuncak sempena Sambutan Tahun Baru Cina di zoo berkenaan adalah pada Isnin, apabila panda Liang-Liang dan anaknya dilepaskan ke Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara, selepas lima bulan ditempatkan di unit pemeliharan khas.
Liang-Liang, anak panda dilepaskan ke Pusat Konvensi
Kedua-dua panda berkenaan kini dipamerkan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bersama ibunya di pusat konservasi berkenaan, berbanding hanya satu jam sebelum ini.
Zoo Negara diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Zoologi Malaysia. Ia dibuka secara rasmi untuk kunjungan orang ramai pada 14 November 1963.
Topic Berkaitan
#rosly rahmat amat lana
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan