Suasana sekitar Majlis Pelancaran dan Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Permatang Tok Suboh, di sini hari ini kecoh apabila lebih 50 orang yang mendakwa penduduk asal Kampung Permatang Tok Suboh tidak berpuas hati selepas mendapati nama mereka tiada dalam senarai penerima perumahan itu.
Wakil penduduk terlibat, Rosli Sukor, 43, berkata mereka bertambah berang apabila mendapati kebanyakan penerima PPR itu bukan penduduk asal kampung tersebut.
"Kami sebagai anak jati Kampung Tok Suboh kecewa tidak dapat rumah. Kami berdoa siang malam untuk dapat rumah kos rendah ini tetapi mereka bagi kepada orang luar. Siapa yang tak sedih anak jati Tok Suboh tidak dapat.
"Kami juga ada membuat permohonan perumahan ini melalui PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) enam bulan lalu tetapi malangnya nama kami tidak tersenarai hari ini," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat tawaran Skim Perumahan Secara Sewa Beli PPR Permatang Tok Suboh kepada 20 penerima program perumahan itu pada majlis itu.
Kumpulan penduduk itu kemudiannya ditenangkan oleh pegawai Zuraida dan memaklumkan menteri itu akan mengadakan pertemuan dengan mereka selepas majlis tamat.
Sementara itu, pada sidang media, Zuraida berkata pihak kerajaan negeri tidak mendapat maklumat berhubung permohonan yang dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit berikutan permohonan mereka dibuat melalui PERDA.
"Sudah tentu Yang Berhormat dan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri tidak tahu kerana permohonan dibuat melalui PERDA yang tidak ada komunikasi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat perumahan dan sebagainya.
"Jadi, untuk berlaku adil kepada mereka yang hadir pada hari ini maka saya telah mengarahkan seorang pegawai Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk menerima borang permohonan mereka. Permohonan mereka ini akan ditapis dan kita akan pastikan mereka yang benar-benar layak untuk mendapat tawaran perumahan ini," katanya.
Beliau berkata daripada 231 buah unit rumah PPR itu sebanyak 80 permohonan telah diluluskan dan bakinya masih dalam semakan dan belum dibuat tapisan yang terakhir.
Zuraida berkata permohonan kumpulan penduduk itu akan diberi keutamaan dan sekiranya mereka tidak terpilih untuk mendapat PPR Permatang Tok Suboh nama mereka akan diletakkan dalam senarai menunggu dan diberi keutamaan bagi projek PPR yang akan datang.
"Itu jalan penyelesaiannya yang telah kita buat kepada penduduk. Mereka agak berpuas hati kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo yang turut hadir berkata keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah diarahkan untuk berpindah.
"Selain dari senarai menunggu yang biasa, kita juga ada satu senarai keutamaan antara lain pemohon yang diberi keutamaan adalah mereka yang mempunyai surat perintah pindah. Kita ada syarat-syarat kelayakan dengan mengambil kira pendapatan, tanggungan, sama ada sudah mempunyai rumah atau tidak.
"Tetapi untuk perintah pindah walaupun sudah memiliki rumah kita boleh pertimbangkan permohonan mereka. Kita ada syarat kita untuk buat pemilihan kerana kita ada lebih daripada 40,000 orang di dalam senarai menunggu," katanya.
PPR Permatang Tok Suboh merangkumi 231 unit rumah teres setingkat seluas 700 kaki persegi telah siap sepenuhnya pada 21 Dis 2017 dengan harga jualan sebanyak RM49,000 di bawah skim sewa untuk milik di mana pembeli hanya perlu membayar RM205 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
Bernama
Wed Oct 16 2019
Zuraida berkata pihak kerajaan negeri tidak mendapat maklumat berhubung permohonan yang dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit berikutan permohonan mereka dibuat melalui PERDA. - Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Kabinet Kerja: Syukur dapat kembali bersama KPKT - Zuraida
Zuraida yang sebelum ini memegang portfolio Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bersyukur kerana kembali berkhidmat di kementerian yang sama.