awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab - Saifuddin

Bernama
Bernama
18/01/2020
07:20 MYT
Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab - Saifuddin
PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin, berhubung dakwaan salah laku disiplin.
PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin, berhubung dakwaan salah laku disiplin.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat itu telah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Ampang itu, semalam.
"Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutnya, sama ada pendengaran atau digugurkan. Itu dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, hari ini.
Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ditanya sama ada surat itu dikeluarkan atas sebab ucapan ataupun kehadiran Zuraida dalam mesyuarat-mesyuarat parti, Saifuddin Nasution bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.
"Saya tak privy kepada itu sebab pengerusi Lembaga Disiplin hanya melaporkan perkara itu (di dalam mesyuarat hari ini) sebab itu dalam bidang kuasa beliau," katanya.
Selain itu, Saifuddin Nasution turut memaklumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz, antara yang ditahan dalam serbuan 'pesta' dadah di sebuah kondominium Ahad lepas, digantung keahlian parti serta merta sehingga kes itu selesai disiasat polis.
Beliau turut mengumumkan rombakan kecil keahlian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR seperti dipersetujui mesyuarat hari ini, termasuk pelantikan beberapa ahli MPP baharu, menggantikan beberapa MPP yang dilantik sebelum ini yang digugurkan.
Ini termasuk Dr Lee Boon Chye menggantikan Lee Khai Loon dan Rodziah Ismail menggantikan Syed Ibrahim Syed Noh.
"Oleh kerana Lee Khai Loon bukan lagi MPP yang dilantik dan beliau juga ahli Lembaga Rayuan parti, dengan beliau digugurkan maka MPP umum pelantikan Jun Leow Ahli Parlimen Hulu Selangor menggantikan tempatnya (dalam Lembaga Rayuan parti)," katanya.
Beliau berkata sementara jawatan Pengarah Strategik parti yang kini dipegang Datuk Mansor Othman diganti oleh Sim Tze Tzin, dengan jawatan Mansor sebagai ahli MPP kekal, disebabkan beliau dipilih dan bukannya dilantik.
"Rombakan kecil ini dianggap perkara biasa terutama selepas parti mengadakan kongres tahunan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#Anwar Ibrahim
#Lembaga Disiplin
#naib presiden pkr
#Parlimen
#PKR
#Saifuddin Nasution Ismail
#Setiausaha Agung PKR
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan