awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida sedia bincang benarkan taska beroperasi di tingkat melebihi paras lima bangunan

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2020
09:48 MYT
Zuraida sedia bincang benarkan taska beroperasi di tingkat melebihi paras lima bangunan
Pengoperasian taska di bangunan yang tinggi memerlukan peralatan tertentu sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran atau sebagainya. - Gambar hiasan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung memberi kebenaran kepada taska untuk beroperasi di tingkat melebihi paras lima sesebuah bangunan.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana pengoperasian taska di bangunan yang tinggi memerlukan peralatan tertentu sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran atau sebagainya.
Namun begitu katanya, beliau masih perlu meneliti beberapa perkara termasuk syarat-syarat yang membenarkan tempat-tempat seumpamanya dikecualikan.
"Selepas ini, insya-Allah, saya akan bincang dengan pegawai bomba untuk meneliti supaya boleh membuat sedikit kelonggaran untuk membantu taska-taska ini,” katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Hannah Yeoh (DAP-Segambut) mengenai kebenaran kementerian untuk taska beroperasi di bangunan tinggi bagi menjimatkan kos pengurusan selari dengan usaha menambah bilangan taska di tempat kerajaan.
Topic Berkaitan
#bomba
#Dewan Rakyat
#Hannah Yeoh
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Malaysia
#Parlimen
#taska
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan