Anak kapal Malaysia Airlines (MH17) Shaikh Mohd Noor Mahmood sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370, namun 'masanya' belum tiba apabila beliau ditugaskan ke penerbangan lain pada hari pesawat itu hilang 8 Mac lepas.
Ketika mendengar perkhabaran kehilangan pesawat M370 itu, Shaikh Mohd Noor ,44, berulang-kali menyatakan penumpang pesawat itu bertuah kerana seluruh dunia merasai kehilangan terbabit dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mereka.
Rentetan itu, Shaikh Mohd Noor menyatakan beliau berharap dapat menemui ajalnya semasa berada dalam penerbangan, supaya beliau juga menerima sedekah al-Fatihah yang sama'.
Hasrat itu dikongsikan dua rakan beliau, Mohd Fahmi Ariffin dan Mohd Yazid Yusuf, kedua-duanya berusia 39 tahun, yang mula mengenali Allahyarham semasa mereka menyertai syarikat penerbangan itu, lebih 18 tahun lalu.
"Meskipun sedih, saya merasakan hasrat beliau (Shaikh Mohd Noor) untuk meninggal dalam pesawat dan menerima sedekah al-Fatihah seluruh dunia terlaksana," kata Mohd Yazid semasa ditemui pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Shaikh Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai 'Mad Noor' dalam kalangan anggota keluarganya terbunuh apabila penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.
Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warganegara Malaysia.
Seorang lagi rakan, Mohd Fahmi Arifin ketika ditemui, sebak apabila diminta berbicara mengenai Shaikh Mohd Noor dan menyifatkan Allahyarham seorang individu yang sangat baik.
Mohd Yazid pula menyifatkan Allahyarham sebagai suka senyum dan pendiam, namun tidak 'senang duduk' apabila mengetahui terdapat rakan yang sedang bersedih atau susah hati.
"Beliau pasti akan menghampiri kami dan bertanyakan jika kami mempunyai masalah. Beliau banyak bertanya tentang rakan-rakan," katanya sebelum bergegas bersama-sama Mohd Fahmi untuk menghadiri majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, dekat sini.
Sementara itu, beberapa anggota keluarga Shaikh Mohd Noor hadir ke istiadat penghormatan itu dengan memakai baju-T hitam tertera perkatan "In our heart cabin crew Shaikh Mohd Noor 17.07.17."
Bernama
Fri Sep 19 2014
Shaikh Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai 'Mad Noor' dalam kalangan anggota keluarganya terbunuh apabila penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Kerajaan mohon batal saman difailkan lima sekeluarga penumpang pesawat MH370
Keempat-empat defendan dalam kes saman berkenaan iaitu kerajaan, MAB, Ketua Pengarah DCA dan Panglima TUDM memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 23 Disember lepas.
Trauma memikirkan suami terbaring di bilik mayat - Isteri mangsa MH17
Balu kepada Robert Ayley mangsa nahas tragedi MH17 menceritakan detik-detik awal bagaimana dia menerima berita mengenai kejadian tersebut.
MAS nafi culas bayar pampasan kepada keluarga MH17
MAS akan memberikan bayaran pampasan sewajarnya dalam masa secepat mungkin kepada ahli keluarga mangsa nahas tragedi pesawat MH17.
MH 17: Hasrat Shaikh Mohd Noor terima sedekah Al-Fatihah seluruh dunia tercapai
Allahyarham Shaikh Mohd Noor pernah menyatakan beliau berharap dapat menemui ajalnya semasa dalam penerbangan, supaya ramai menyedekahkan Al-Fatihah.
Lapor Langsung: #MengenangMH17
Tiga lagi jenazah mangsa tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat jam 8.30 pagi.
'Terbang, A Malaysian Story' kolaborasi istimewa MAS dan Yuna
Sempena sambutan kemerdekaan, MAS telah menghasilkan sebuah filem pendek yang turut berkolaborasi bersama penyanyi, Yuna.
Heret segera penembak pesawat MH17 ke muka pengadilan
Sebilangan rakyat Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa ke muka pengadilan.
MH17: Video Instagram pengubat rindu keluarga Hamfazlin Sham
Video Instagram "Bismillah..#hatiadasikitgentar" menjadi simpanan anggota keluarga Allahyarhamah Hamfazlin Sham.
MH17: Mangsa nahas warga Britain turut disemadikan
Seorang mangsa tragedi nahas pesawat MH17 warganegara Britain, Liam Sweeney selamat disemadikan di kampung halamannya.
Jenazah Ketua Pramugari MH17 dikebumi pada hari lahir ke-6 anak sulung
Anak kecil itu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, yang merupakan hari pengebumian jenazah ibu tercinta.