awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAICCI pelawa Anwar lawat pusat penerangannya

Bernama
Bernama
10/04/2013
23:58 MYT
MAICCI pelawa Anwar lawat pusat penerangannya
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menjemput pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pusat Penerangan Sahabat Barisan Nasional (BN) badan itu yang dibuka di sini.
Presidennya Datuk K.K.Eswaran berkata kesemua pemimpin pembangkang itu perlu hadir dan lihat sendiri senarai bantuan serta peruntukan yang telah diberi kerajaan BN untuk membantu kaum India di negeri itu.
"Saya jemput Anwar dan pemimpin seperti Charles Santiago, Ronnie Liu dan M. Manoharan datang dan lihat sendiri apa yang kerajaan BN telah bantu dan bandingkan apa yang mereka sendiri buat untuk masyarakat India.
"Saya juga suka untuk jemput mereka berdebat dengan saya. Selama ini apa yang mereka buat?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat penerangan itu di Jalan Raya Timur hari Rabu.
Beliau berkata pelbagai bantuan telah diberikan khusus untuk masyarakat India termasuk peruntukan lebih RM500 juta bagi membina sekolah jenis kebangsaan Tamil dan membina kuil.
Mengulas mengenai pusat penerangan itu, Eswaran berkata ia bertujuan memberi penjelasan lanjut kepada masyarakat India setempat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan kepada mereka selama ini.
Beliau berkata pusat itu merupakan yang keempat dibuka MAICCI selepas Johor, Pulau Pinang dan Melaka.
Topic Berkaitan
#Datuk K.K.Eswaran
#Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia
#MAICCI
#Pusat Penerangan Sahabat Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan