awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Blue Origin TeraWave tawar internet satelit 6 Tbps, atasi Starlink
Siri bakal berevolusi menjadi chatbot penuh dalam iOS 27
Kioxia sahkan bekalan dan kapasiti cip storan tahun ini habis dijual, pasaran berdepan kekangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Usah politikkan isu royalti minyak' - Tok Pa

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2013
12:55 MYT
'Usah politikkan isu royalti minyak' - Tok Pa
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed menyatakan isu tuntutan royalti minyak Kelantan tidak perlu lagi dipolitikkan kerana perbincangan mengenai isu itu sudah mula diadakan. Jelasnya, perbincangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan, sudahpun masuk pusingan kedua. Jelas Mustapa, kerajaan Kelantan telah mengiktiraf penubuhan jawatankuasa itu dan melantik Tengku Mahkota Kelantan selaku wakil kerajaan Kelantan. Sehubungan itu beliau meminta rakyat Kelantan menyerahkan kepada jawatankuasa khas itu untuk menentukan jumlah bayaran yang sepatutnya diterima. Mustapha Mohamed berkata, “Di Kelantan ianya diwakili oleh YTM Tengku Mahkota jadi jawatankuasa ini saya difahamkan telah bermesyuarat dua kali, yang penting rakyat Kelantan mengetahui bahawa kerajaan Kelantan telah merestui penubuhan jawatankuasa ini dan yang kedua sudah ada wakil dan ada yang cukup yakin jawatankuasa ini akan beri pertimbangan sebaik mungkin untuk menjaga kepentingan rakyat Kelantan.” Menurut Mustapa lagi, sehingga kini hasil petroleum yang dimaklumkan oleh Petronas berjumlah RM 142.6 juta di mana sebahagiannya telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Katanya Umno akan mengeluarkan penyata bayaran dan jumlah wang yang dibelanjakan melalui pemberian wang ehsan kepada pelajar sekolah, pelajar universiti, bencana alam, dan khairat kematian bagi mengelakkan tangapan PAS yang mengatakan terdapat penyelewengan dalam pengagihan wang ehsan itu. Dalam perkembangan berkaitan, Umno Kelantan dijangka akan melancarkan manifestonya minggu ini. Umno juga mensasarkan lapan kerusi Parlimen dan 23 kerusi DUN untuk dimenangi pada pilihan raya umum ini nanti. Sementara itu, Mustapa percaya kempen pilihanraya Pas, sudah pasti isu dosa, pahala, syurga dan neraka menjadi senjata utama mereka untuk meraih undi rakyat. Dalam perkembangan lain, Mustapha menegaskan perjuangan beliau dan rakan-rakannya dalam Umno tidak pernah menolak Islam apatah lagi membelakangi ajaran Islam Katanya kenyataan dan fatwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan, “Solat orang Umno tidak mendapat pahala dan semalam mendakwa sekiranya Rasulullah hidup nescaya Umno akan menentang, merupakan kenyataan songsang yang mengguris hati ahli Umno.”
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapha Mohamed
#Kelantan
#minyak
#royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan