Tutup

12 calon layak isi jawatan pengerusi PKR Johor - Anwar

12 calon layak isi jawatan pengerusi PKR Johor - Anwar
Terdahulu, Hassan (gambar) dilaporkan turut menamakan Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai penggantinya. - Gambar fail/Facebook
BATU PAHAT: Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan itu kosong setelah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Anwar pada minggu kedua bulan Julai.

Untuk rekod, ini kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lepas.

"Dia (Hassan) ambil keputusan, saya bagi dia ruang agak panjang dan saya terima keputusan dia. Saya akan bincangkan selepas ini apa yang kita akan lakukan.
"Calon ramai yang layak... ada 12 orang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Negara Bangsa-Siri 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pengganti yang sesuai selepas perletakan jawatan sejak Julai.
Terdahulu, Hassan dilaporkan turut menamakan Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai penggantinya.

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut dilapor menyatakan hasrat sedia mengetuai PKR Johor.

-- BERNAMA


Tag: Anwar Ibrahim, PKR, Batu Pahat, Parlimen, calon, Malaysia, Pengerusi PKR Johor, Presiden PKR, Hassan Karim, Jimmy Puah Wee Tse, hli Parlimen Pasir Gudang, meletak jawatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.