awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Bernama
Bernama
12/05/2020
09:51 MYT
19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Muhammad Sanusi menjawab persoalan ketika sidang media Perikatan Nasional negeri Kedah mengenai kepimpinan Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, 12 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
Seramai 19 daripada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari tadi iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).
Bercakap pada sidang media mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 19 ADUN berkenaan, Muhmmad Sanusi mendakwa empat ADUN Bersatu juga menyatakan telah hilang kepercayaan kepada Mukhriz.
Mereka ialah Juhari Bulat (Ayer Hangat), Mohd Firdaus Ahmad (Kuah), Halimaton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), katanya.
"Atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 ADUN yang hadir hari ini, kami bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu atas nama kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya.
Menurutnya kumpulan itu kini menunggu untuk menghadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menubuhkan kerajaan baharu.
"Untuk proses seterusnya terserah kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menetapnya (tarikh)," katanya yang yakin proses tersebut akan selesai sebelum 18 Mei.
BACA: Kerajaan PH Kedah tumbang?
Mengenai calon menteri besar, Muhammad Sanusi berkata pakatan itu sudah menghantar satu nama untuk pertimbangan peringkat pusat.
Mengenai empat ADUN Bersatu yang tidak hadir pada sidang media itu, mereka didakwa ke ibu negara untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyatakan sokongan kepada beliau.
DUN Kedah mempunyai 36 kerusi dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Mukhriz mempunyai 19 kerusi iaitu PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4) dan DAP (2), manakala PAS mempunyai 15 kerusi dan UMNO dua.
Bagaimanapun, tengah hari tadi dua ADUN PKR umum keluar parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Azman Nasrudin
#calon MB
#DAP
#hilang kepercayaan
#Kedah
#keluar parti
#kerajaan
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PAS
#pembangkang
#PKR
#Robert Ling Kui Ee
#Sultan Kedah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan