awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,801 pengundi awal PRK Balakong, Seri Setia mula mengundi pada 8 pagi

Bernama
Bernama
04/09/2018
00:51 MYT
2,801 pengundi awal PRK Balakong, Seri Setia mula mengundi pada 8 pagi
Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 daripadanya adalah pengundi awal bagi DUN Balakong manakala 2,770 lagi adalah bagi kawasan DUN Seri Setia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia mula mengundi mulai 8 pagi ini.
Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 daripadanya adalah pengundi awal bagi DUN Balakong manakala 2,770 lagi adalah bagi kawasan DUN Seri Setia.
Kesemua pengundi awal di DUN Balakong adalah anggota polis dan mereka akan mengundi di Ruang Legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan. Pusat pengundian awal itu dibuka 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Sementara itu di PRK Seri Setia, 2,770 pengundi awal yang terlibat merangkumi 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 anggota polis.
Proses pengundian awal bagi anggota tentera serta pasangan akan diadakan di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang manakala anggota polis pula akan menunaikan tanggungjawab mereka di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia, Shah Alam.
Anggota tentera mula beratur sejak jam 8 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, PU Subang. @501Awani pic.twitter.com/40XFrUEqQ1
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 4, 2018
Pusat pengundian awal di PRK Seri Setia dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang. Selepas proses pengundian awal selesai, kertas-kertas undi akan disimpan di lokap balai polis dan hanya akan dikira secara berkelompok di pusat pengiraan undi masing-masing pada malam 8 Sept nanti.
PRK Balakong dan PRK Seri Setia masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong manakala calon PH Halimey Abu Bakar akan bertembung dengan calon PAS Dr Halimah Ali di PRK Seri Setia.
Proses pengundian awal di DUN N.32 Seri Setia bermula dengan melibatkan 2,770 orang pengundi awal iaitu 2,597 orang anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 orang anggota polis. @501Awani pic.twitter.com/0vkCz7hZiY
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 4, 2018
PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas manakala PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus.
Kedua-dua kawasan itu sebelum ini masing-masing dimenangi Ng daripada DAP (Balakong) dan Dr Shaharuddin daripada PKR (Seri Setia).
DUN Balakong dan DUN Seri Setia masing-masing mempunyai keseluruhan 62,219 dan 52,650 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#DUN
#MCA
#Pakatan Harapan
#PAS
#pengundi awal
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PKR
#PRK
#Puchong
#seri setia
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan