awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2020
14:37 MYT
46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta
46 pimpinan PKR hari ini menggesa tindakan disiplin terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dihentikan serta-merta. - Gambar fail/BERNAMA
Seramai 46 pimpinan PKR hari ini menggesa tindakan disiplin terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dihentikan serta-merta, sambil menyifatkan desakan itu sebagai satu gerakan 'mala fide'.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 46 pimpinan PKR termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Rabu, mereka mengutarakan rasa kesal kerana masih terdapat usaha terancang bagi mengagalkan muafakat dan persefahaman yang sudah dicapai setakat ini.
Jelas kenyataan yang diwakili Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali itu, desakan terhadap Ahli Parlimen Ampang tersebut lebih menjurus kepada rasa cemburu terhadap kejayaannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Tekanan dan gangguan terhadap beliau merupakan tindakan selektif, berat sebelah dan berprasangka buruk. Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan parti.
"Kami dengan ini sebulat suara menggesa semua pihak untuk menghentikan segala tindakan yang menggugat perpaduan anggota dan cuba meremehkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti".Kata kenyataan tersebut.
Justeru, mereka menyeru agar tindakan displin yang telah dimulakan terhadap Zuraida itu dihentikan serta-merta dan isu tersebut perlu diselesaikan secara baik demi kesejahteraan parti tersebut.
Jelas kenyataan tersebut, Zuraida telah memberikan banyak sumbangan beliau dalam aspek pembangunan kepimpinan wanita dan pemerkasaan akar umbi.
Malah beliau merupakan tokoh yang menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik dan membanggakan serta dinamik.
"Beliau telah berjaya menterjemahkan reformasi dalam Kerajaan menerusi dasar perumahan rakyat, memberdaya peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan ikhtiar mempertingkat kualiti kebersihan negara.
“Kami dengan ini sebulat suara menggesa semua pihak untuk menghentikan segala tindakan yang menggugat perpaduan anggota dan cuba meremehkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.
“Sekiranya tindakan ini tidak dihentikan, kami akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip-prinsip perjuangan PKR,” kata kenyataan itu lagi.
Tambah kenyataan tersebut, tindakan pelucutan tujuh orang pimpinan AMK Pusat pada 15 Januari 2020 juga dengan jelas telah menyalahi peraturan dan proses dalam parti tersebut.
“Tindakan ini juga mencabuli prinsip perlembagaan parti dan proses demokrasi kerana mereka merupakan pimpinan yang dipilih secara sah oleh akar umbi dalam pemilihan parti. Pelucutan mereka merupakan pengkhianatan kepada suara akar umbi dalam PKR," kata kenyataan tersebut.
Sebaliknya, mereka menyifatkan bahawa suasana dalam parti berkenaan sudah tenang selepas Kongres Keadilan diadakan pada Disember tahun lepas malah Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta pimpinan biro politik kembali duduk semeja dalam mesyuarat Biro Politik pada 8 Januari lalu.
Mereka juga menuntut Presiden serta barisan kepimpinan PKR untuk bertanggungjawab memainkan peranan dalam memberi fokus kepada usaha penyatuan dan perpaduan parti.
46 pemimpin PKR yang dalam kenyataan bersama ini ialah:
1) Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden PKR Ahli Parlimen Gombak/Adun Bukit Antarabangsa
2) Zuraida Kamaruddin Naib Presiden PKR Ahli Parlimen Ampang
3) Chua Tian Chang Naib Presiden PKR
4) Ali Biju Naib Presiden PKR Ahli Parlimen Saratok
5) Baru Bian Ahli Parlimen Selangau/Adun Ba'kelalan
6) Saifuddin Abdullah Ahli MPP Ahli Parlimen Indera Mahkota
7) Amiruddin Shari Ahli MPP Adun Batu Caves
8) Hilman Idham Timbalan Ketua AMK Adun Gombak Setia
9) Haniza Talha Ketua Wanita PKR Adun Lembah Jaya
10) Mohamad Rashid Hasnon Ahli MPP Ahli Parlimen Batu Pahat
11) R Sivarasa Ahli MPP Ahli Parlimen Subang
12) Rahimah Majid Ahli MPP
13) Zakaria Abdul Hamid Ahli MPP
14) Radzlan Jalaluddin Ahli MPP
15) Dr Mansor Othman Ahli MPP Ahli Parlimen Nibong Tebal
16) Kamaruddin Jaafar Ahli MPP Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
17) Hee Loy Sian Ahli MPP Adun Kajang
18) Elizabeth Wong Ahli MPP Adun Bukit Lanjan
19) Edmund Santhara Ahli MPP Ahli Parlimen Segamat
20) Azmizam Zaman Huri Ahli MPP Adun Pelabuhan Klang
21) Gan Pei Nei Ahli MPP
22) Jugah Anak Muyang Ahli Parlimen Lubok Antu
23) Steven Chong Shiao Yoon Ahli Parlimen Tebrau
24) Willie Mongin Ahli Parlimen Puncak Borneo
25) Jonathan Yasin Ahli Parlimen Ranau
26) See Chee How Adun Batu Lintang
27) Khairuddin Othman Adun Paya Jaras
28) Juwairiya Zulkifli Adun Bukit Melawati
29) Dr Daroyah Alwi Timbalan Ketua Wanita PKR Adun Sementa
30) Borhan Aman Shah Adun Dengkil
31) Halimey Abu Bakar Adun Seri Setia
32) Dr Chong Fat Full Adun Pemanis
33) Dr Rafaie Adun Ampangan
34) Lee Khai Loon Adun Machang Bubok
35) Dr Afif Bahardin Adun Seberang Jaya
36) Zulkifli Ibrahim Adun Sungai Acheh
37) Dr Azman Nasruddin Adun Lunas
38) Dr Robert Ling Adun Sidam
39) Jailani Khamis Adun Rembia
40) Yunus Jamhari Adun Kuala Kurau
41) Jaffari Waliam Adun Lantikan Sabah
42) Ginie Lim Adun Machap
43) Gan Ay Ling Adun Indera Kayangan
44) Maria Chin Abdullah Ahli Parlimen Petaling Jaya
45) Amar Pritpal Abdullah Adun Sungai Bakap
46) Yeoh Keng Chuan Adun Kulim
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ampang
#Azmin Ali
#Cuba
#GERAKAN
#kerajaan
#menteri
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#pemilihan
#perpaduan
#PKR
#politik
#presiden
#rakyat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan