awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 ahli PKR Cabang Arau dan Padang Besar keluar parti

Bernama
Bernama
15/03/2020
14:31 MYT
500 ahli PKR Cabang Arau dan Padang Besar keluar parti
Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti. - Foto Astro AWANI
Seramai 500 ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.
"Kami semua bertindak keluar parti kerana Majlis Pimpinan Negeri (MPN) gagal mengutamakan kebajikan di peringkat akar umbi selain hilang kepercayaan terhadap Anwar," katanya kepada media di sini, hari ini.
Antara barisan kepimpinan PKR Perlis yang turut keluar parti ialah bekas pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abd Rahman, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, yang juga Ketua AMK Arau, Khairul Aqran Saffie dan Timbalan Ketua Cabang Padang Besar, Ahmad Sofi Abdul Manah.
Beliau berkata kesemua ahli yang keluar parti akan digerakkan menerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Penggerak Muafakat Nasional Perlis yang akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Cabang Arau
#Cabang Padang Besar
#Izhar Kamaruddin Sudin
#keluar parti
#kepimpinan presiden
#Ketua Cabang Arau
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan