Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan GPS tidak menemui Pemangku Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Kenyataan itu sekaligus menafikan ucapan Zahid sebelum ini, bahawa GPS berjanji untuk menyertai BN.

Naib Presiden GPS, Datuk Abdul Karim Rahman, berkata sebaliknya Abang Johari menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

“Tidak, tidak pernah berjumpa. Dia hanya berjumpa PM dan Daim. Sejak PRU14 tidak pernah berjumpa (Zahid),” katanya.

Baru-baru ini Zahid ketika berucap, dalam video yang tidak bertarikh itu, mendakwa ada menemui pemimpin Sarawak termasuk Ketua Menteri Sarawak bersetuju dengan pembentukan GPS.

Malah Zahid turut mendakwa GPS akan menyertai BN.

Ini menimbulkan pelbagai reaksi politik di Sarawak, khususnya di Semenanjung menjelang pemilihan Presiden UMNO nanti.