Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hilman Idham mengingatkan semua ahli PKR agar bersiap siaga dalam perjuangan apabila ada pihak meremehkan perjuangan idealisme parti reformasi itu.

Jelasnya, meskipun krisis dalaman berlaku dalam parti terutamanya apabila tidak dibenarkan menyertai Kongres Nasional Tahunan PKR 2019 yang berlangsung di Melaka baru baru ini

Namun ujar Hilman, perjuangan idealisme PKR yang dibawa sejak 20 tahun lalu perlu diteruskan.

"Biarpun kita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kita akan tetap perjuang di akar umbi, kita harus besiap siaga dalam perjuangan ini.

"Ada sahaja mana-mana pihak yang meremehkan perjuangan kita maka kita harus berdiri teguh untuk menyatakan kebenaran supaya perjuangan akan terus dapat sokongan rakyat dan insya-Allah akan terus mengangkat dan memartabatkan keadilan parti masa hadapan," katanya ketika memberi ucapan dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara pada Ahad.

Majlis makan malam itu bakal menyaksikan amanat dari Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebentar lagi.

Hadir sama, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Ali Biju, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Wanita Keadilan Malaysia Haniza Talha.