Adakah haruman Chempaka bakal berubah?

Adakah haruman Chempaka bakal berubah?
Mampukah Nik Omar cetus gelombang dalam kalangan penyokong tegar Pas? - Gambar fail
HARI ini, dua sosok utama dalam politik Pas mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada anak-anak bekas pemimpin parti itu yang memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH).

Dua tokoh Pas tersebut ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh Nik Aziz yang juga calon Pas di Parlimen Bachok.

BACA: Mereka sama seperti anak Nabi Nuh!
Kenyataan mereka ditujukan khas kepada Nik Omar Nik Abdul Aziz (anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat), Dr Mujahid Yusof Rawa (anak bekas Mursyidul Am Pas Pertama, Tuan Guru Haji Yusof Rawa) dan Mohd Faiz Fadzil (anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor).

BACA: 'Tembakan itu singgah tepat ke jantung bonda," kata Nik Abduh kepada kekandanya. 

Cerapan data raya Astro AWANI bersama rakan strategik, Berkshire Media Sdn Bhd menunjukkan pendirian Nik Omar di DUN Chempaka kini sedang hebat mendominasi perbualan di media sosial (graf di bawah).

DUN Chempaka
 
Penganalisis dan pengkaji politik pilihan raya ketika ini sedang meneliti perkembangan ini terutama menilai impak sepanjang fasa pertama kempen PRU14.

Langkah strategik Nik Omar di kubu kuat arwah bapanya sedang diteliti sama ada ia mampu mencetuskan satu 'ombak'. yang melanda terutamanya akar umbi Pas di seluruh negara.

Astro AWANI akan membawakan perkembangan serta analisis mengenainya dari masa ke masa di semua platform di www.malaysiamemilih.com