awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adenan sedia timbang lanjut tempoh tinggal Azmin, Lim

Bernama
Bernama
30/04/2016
10:00 MYT
Adenan sedia timbang lanjut tempoh tinggal Azmin, Lim
Azmin (gambar) yang juga Timbalan Presiden PKR, dilaporkan telah diminta agar meninggalkan Sarawak pada 2 Mei. - Gambar fail
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh tinggal Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, di Sarawak jika ada permohonan rasmi daripada mereka.
Ambrose Cheng, setiausaha akhbar Adenan, berkata Ketua Menteri Sarawak itu telah menerima laporan bahawa Azmin dan Lim memohon supaya mereka dibenarkan untuk melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak sepanjang pilihan raya negeri ke-11 ini.
"Datuk Patinggi Adenan sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh tinggal kepada individu bukan rakyat Sarawak, dan beliau juga sedia mempertimbangkan permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor itu sekiranya ada permohonan rasmi daripada mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, dilaporkan telah diminta agar meninggalkan Sarawak pada 2 Mei selepas Jabatan Imigresen negeri hanya membenarkan beliau berada di negeri ini selama tiga hari.
Sementara Lim, Setiausaha Agung DAP, diminta meninggalkan Sarawak pada 5 Mei selepas dibenarkan berada di Sarawak selama tujuh hari.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Azmin Ali
#DAP
#Imigresen
#Lim Guan Eng
#PKR
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan