awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adly Zahari minta rakyat Melaka bertenang

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/02/2020
03:12 MYT
Adly Zahari minta rakyat Melaka bertenang
Adly menyeru rakyat Melaka untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung landskap kepimpinan politik negeri. -Gambar fail
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini menyeru rakyat Melaka untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung landskap kepimpinan politik negeri yang dijangka berubah susulan kemelut politik negara yang sedang berlaku.
Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan pentadbiran kerajaan negeri terus bergerak seperti biasa dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Hari ini adalah hari saya bertemu dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kerana memang sebelum mesyuarat exco biasanya kita akan memaklumkan tentang perkembangan di peringkat negeri ini.
“Memang kebanyakannya tentang pembangunan negeri dan isu-isu yang berbangkit di peringkat negeri dan kita akan memaklumkan perkembangan(politik) pada TYT.
“Dia memanglah kita harap masyarakat bertenang dengan suasana politik negara dan juga diperingkat negeri, kita juga mengharapkan pentadbiran negeri harus terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya ringkas ketika membuat lawatan mengejut pada perhimpunan solidariti ‘Kekal Adly’ hari ini.
Terdahulu, Kira-kira 500 penyokong Adly berhimpun di hadapan Kompleks Seri Negeri di sini sebagai tanda solidariti susulan kemelut politik negara yang dijangka turut memberi kesan pada landskap kepimpinan politik negeri.
Solidariti disertai tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Gagasan Keadilan, Angkatan Anak Muda Melaka dan Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Melaka mula memenuhi pekarangan Seri Negeri seawal jam 8 pagi.
Adly sempat meluangkan masa kira-kira lima minit dan mengucapkan terima kasih terhadap sokongan diberikan selain himpunan yang dijalankan secara aman.
“Bagi pihak kerajaan negeri saya cukup berterima kasih kepada rakan-rakan NGO, atas sokongan yang diberikan kepada saya dan memang saya harap perhimpunan ini dapat dibuat dengan aman dan mematuhi undang-undang,” tambahnya.
Terdahulu, Kepemimpinan negeri berubah susulan langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan PH.
PH dan Barisan Nasional negeri masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala BERSATU dua kerusi.
Adly pada semalam turut memaklumkan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa sekaligus mengesahkan beliau kekal sebagai ketua menteri sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#kemelut politik negara
#Ketua Menteri Melaka
#landskap kepimpinan politik negeri
#Mohd Khalil Yaakob
#pentadbiran kerajaan negeri
#spekulasi
#Tuan Yang Terutama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan