Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu

ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan. - Gambar FB Hasnul Baharuddin
SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan.

Hasnul yang mengangkat sumpah pagi tadi dipilih untuk menggantikan ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengumumkan peletakan jawatan, Jun lalu.

Pada 13 Jun lalu, Dr Daroyah mengumumkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan yang disandangnya.
Dr Daroyah bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan hanya bertindak sebagai wakil rakyat bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN).