awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Majlis Tempatan PKR di Kelantan diminta letak jawatan serta-merta

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2017
15:58 MYT
Ahli Majlis Tempatan PKR di Kelantan diminta letak jawatan serta-merta
PKR telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta. -Gambar fail
PKR membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil parti itu di Kelantan -- termasuk ahli majlis tempatan dan lantikan di syarikat berkaitan kerajaan negeri -- diminta melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta.
Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan.
Ini diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Biro Politik Keadilan pada malam ini.
Selain itu, perkara lain yang turut diputuskan adalah PKR menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu, namun PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan.
"PKR juga akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," kata Dr Wan Azizah.
Kedudukan Pas di dalam Kerajaan Selangor pula akan diputuskan pimpinan parti bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sekembalinya beliau daripada lawatan rasmi ke luar negara.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan