awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen letak jawatan tanpa sebab? Bayarlah ganti rugi' - Saiful Bukhari

Arfa Yunus
Arfa Yunus
02/10/2018
09:59 MYT
Ahli Parlimen letak jawatan tanpa sebab? Bayarlah ganti rugi' - Saiful Bukhari
Saiful (tengah) bakal berentap dalaPRK Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan majikan lamanya, Anwar Iyang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan. - Foto Astro AWANI
Calon paling muda Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan mencadangkan supaya Ahli Parlimen yang meletak jawatan tanpa sebab kukuh perlu membayar ganti rugi.
Mengambil contoh bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan, Saiful berkata kerajaan perlu ambil pendekatan supaya perkara sama tidak berulang.
"Kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mahu letak jawatan tanpa sebarang sebab, mereka perlu membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta atau RM5 juta kerana setakat mengenakan tempoh 'probation" selama lima tahun tidak mencukupi.
"Saya mahu kerajaan beri 'signal' kepada ahli politik supaya jangan perkotak-katikkan mandat yang telah diberikan kepada rakyat," katanya dalam temu bual bersama Astro Awani, hari ini.
Saiful bakal berentap dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan majikan lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan.
Turut akan bertanding adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Pas turut meletakkan calon, pegawai tentera bersara Mohd Nazari Mokhtar selain terdapat tiga lagi calon bebas lain iaitu Lau Seck Yan, Stevie Chan dan Kan Chee Yuen.
Pada 12 September lalu, Danyal meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Danyal Balagopal Abdullah
#Isa Samad
#Kan Chee Yuen
#Lau Seck Yan
#Mohd Saiful Bukhari Azlan
#Nazari Mokhtar
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#PRK Port Dickson
#Stevie Chan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan