awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Lubok Antu serah akujanji sokong Muhyiddin dan PN

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2020
06:22 MYT
Ahli Parlimen Lubok Antu serah akujanji sokong Muhyiddin dan PN
Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang menyerahkan akujanji menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin. - Gambar FB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Sabtu.
Pada pertemuan tersebut, Tambat @ Jugah menyerahkan akujanji menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut hadir pada pertemuan Tambat @ Jugah Muyang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar FB Tan Si Muhyiddin Yassin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut hadir pada pertemuan Tambat @ Jugah Muyang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar FB Tan Si Muhyiddin Yassin
Pada Jumaat, beliau mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau turut menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
"Saya telah berbincang dengan para penyokong saya dan mereka bersetuju agar saya menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas dan menang atas mandat rakyat sebelum bersama para penyokongnya menyertai PKR yang menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang keahlian menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar FB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang keahlian menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Gambar FB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Selepas pertemuan bersama Tambat @ Jugah, perdana menteri menerima kunjungan Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Beliau hadir bagi menyerahkan borang keahlian menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sebelum ini Syed Abu Hussin Hafiz merupakan Ahli Parlimen bebas.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Azmin Ali
#Bebas
#Hamzah Zainuddin
#Lubok Antu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#PKR
#Tambat Jugah Muyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan