Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ahli Parlimen PH serah kepada kebijaksanaan Agong

Ahli Parlimen PH serah kepada kebijaksanaan Agong
SALAHUDDIN: Terpulanglah kepada kebijaksanaan Tuanku untuk membuat keputusan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri baharu.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah menyatakan pendirian mereka kepada Al-Sultan Abdullah.

“Saya telah tandatangan (sokongan calon Perdana Menteri) dan menyatakan pendirian kami kepada Tuanku.

“Terpulanglah kepada kebijaksanaan Tuanku untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Rabu.

Ditanya sama ada Amanah telah mencalonkan nama perdana menteri ketika sesi temu bual bersama Agong, Salahuddin berkata: “Kami letak nama PM, tetapi terpulang kepada keputusannya.”
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh menzahirkan keyakinan bahawa PH akan kembali membentuk kerajaan.

It's not over yet (Ia belum selesai lagi). Insya-Allah, pray for the best (doakan yang terbaik). Insya-Allah (yakin PH dapat bentuk kerajaan). Doakan yang terbaik,” katanya.

Difahamkan setakat ini kesemua 11 Ahli Parlimen Amanah telah selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sementara, PKR sebelum ini tiba dengan sebuah bas Hop On Hop Off pada pukul 10.40 pagi sebelum meninggalkan Istana Negara dua jam kemudian.

Turut selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi kedua temu bual bersama Al-Sultan Abdullah hari ini melibatkan 132 Ahli Parlimen.