awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/12/2018
04:22 MYT
Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO
Ikmal merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal menyertai Bersatu selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO September lepas. - Facebook / Ikmal Hisham Abd Aziz
Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu.
Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO Bahagian Tanah Merah pada Jumaat pagi.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Mohd. Almidi Jaafar dipilih untuk memangku jawatan yang dikosongkan oleh Ikmal itu.
Ikmal merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal menyertai Bersatu selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO September lepas.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan teka-teki siapa lagi ahli Parlimen UMNO yang bakal meninggalkan parti untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal diketahui seawal petang ini.
Menurut sumber, empat atau lima ahli Parlimen UMNO yang sudah hampir pasti mengesahkan diri akan membuat pengumuman rasmi termasuk di platform media sosial masing-masing.
Sumber dalaman UMNO memberitahu Astro AWANI, tindakan keluar parti ini merupakan sebahagian dari usaha untuk mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.
Bagaimanapun, Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Masrizal Muhammad dalam satu kenyataan pada Khamis malam meminta ahli UMNO memberi sedikit ruang kepada Ahmad Zahid untuk menyusun semula parti seperti mandat yang diberikan perwakilan sehingga 2021.
Katanya, ia sekali gus usaha Presiden UMNO itu mengorak langkah bagi memacu semula parti dalam misi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Topic Berkaitan
#Ikmal Hisham Abd Aziz
#Kelantan
#Malaysia
#Tanah Merah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan