awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid 'serah tugas' kepada Mohamad Hasan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/12/2018
14:30 MYT
Ahmad Zahid 'serah tugas' kepada Mohamad Hasan
Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "UMNO bangkit'.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "UMNO bangkit'.
"UMNO boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan dan bersatu pemikiran dalam sebuah pasukan UMNO yang diperkasakan.
"Saya merasa keresahan segelintir pemimpin UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti yang saya alami.
"Demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan di semua peringkat terutama Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO bahagian, langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berharap, semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan sepimpinan di peringkat akar umbi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti.
"Saya juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohamad Hasan
#Presiden UMNO
#serah tugas
#UMNO
#UMNO bangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan