awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/11/2018
10:31 MYT
Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) sah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu bagi penggal 2018-2021, selepas nama beliau diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat di sini sebentar tadi.
Namun, sejurus nama beliau diumumkan, hampir separuh perwakilan mem’boo nama beliau kerana mereka dikatakan lebih memihak kepada seorang lagi calon iaitu Dr Afif Bahardin.
Ekoran rasa tidak puas hati, perwakilan terbabit bertindak melaung nama Dr Afif sambil meninggalkan dewan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Hilman Idham telah diumum sebagai Timbalan Ketua AMK yang baharu.
Dalam ucapan sulung nya sebagai Ketua AMK yang baharu, Akmal berkata, beliau mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang, kembali rapat dalam saf kepimpinan, serta menerima keputusan bagi membolehkan mereka menjalankan agenda lebih besar.
“Dalam ucapan ini saya harap dalam sepanjang tempoh saya memegang jawatan ketua AMK, saya mohon kerjasama, pertolongan kawan-kawan, mohon agar tanggungjawab ini dipikul bersama.
“Ini bukan terletak di atas bahu saya semata-mata. Kerana kalau kita gagal dalam tempoh empat tahun ini, kita semua gagal.,” katanya lagi.
Dalam ucapannya, Akmal turut menjemput dua lagi calon yang tewas iaitu Dr Afif, dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi untuk terus memberi sumbangan kepada sayap itu.
Topic Berkaitan
#Akmal Nasir
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#AMK
#Angkatan Muda Keadilan
#Jawatankuasa Pemilihan Pusat
#Ketua AMK
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan