Tutup

Akta baharu diperlukan untuk elak universiti jadi 'kambing hitam'

Akta baharu diperlukan untuk elak universiti jadi 'kambing hitam'
AUKU hanya membentuk 'culture of fear' apabila autonomi universiti dinafikan dan dikawal oleh pihak yang berkepentingan. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mewujudkan akta baharu bagi melindungi autonomi universiti sekiranya Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 dimansuhkan.

Aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Md Yusof berkata, ia sekali gus akan memelihara hak penuntut dan pentadbiran universiti sendiri.

"AUKU hanya membentuk culture of fear apabila autonomi universiti dinafikan dan dikawal oleh pihak yang berkepentingan.

"Kerajaan perlu mengambil perhatian mewujudkan akta baharu yang dapat membentuk budaya dan sistem yang tidak menindas hak warga universiti," katanya semasa sidang media selepas pelancaran laporan kajian 'No Politics on Campus" di Ampang, hari ini.
Kajian yang dibuat bersama badan bukan kerajaan, Fourtify Rights itu dibuat selepas beberapa kritikan terhadap kepincangan AUKU sebagai mewujudkan budaya menakut-nakutkan mahasiswa selain mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.

Laporan 63 muka surat itu mendedahkan beberapa kes mahasiswa yang dihukum oleh pihak pentadbiran universiti kerana mempersoal atau mengkritik isu yang membabitkan pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Sementara itu, penyelidik laporan berkenaan, Henry Koh memberitahu, beberapa bukti ditemui menunjukkan penglibatan pihak polis selain bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi yang berhubung dengan pihak universiti untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan awam.

Kerajaan didesak untuk mewujudkan akta baharu bagi melindungi autonomi universiti sekiranya Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1971 dimansuhkan.  Aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Md Yusof berkata, ia sekali gus akan memelihara hak penuntut dan pentadbiran universiti sendiri.   "AUKU hanya membentuk culture of fear apabila autonomi universiti dinafikan dan dikawal oleh pihak yang berkepentingan.  "Kerajaan perlu mengambil perhatian mewujudkan akta baharu yang dapat membentuk budaya dan sistem yang tidak menindas hak warga universiti," katanya semasa sidang media selepas pelancaran laporan kajian 'No Politics on campus" di sini, hari ini.  Kajian yang dibuat bersama badan bukan kerajaan, Fourtify Rights itu dibuat selepas beberapa kritikan terhadap kepincangan AUKU yang mewujudkan budaya menakut-nakutkan mahasiswa selain mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.  Laporan 59 muka itu mendedahkan beberapa kes mahasiswa yang dihukum oleh pihak pentadbiran universiti kerana mempersoal atau mengkritik isu yang membabitkan pemerintahan kerajaan sebelum ini.  Sementara itu, penyelidik laporan berkenaan, Henry Koh memberitahu, beberapa bukti ditemui menunjukkan  penglibatan pihak polis selain bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi yang berhubung dengan pihak universiti untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan awam.  "Kami juga dapati ada surat yang meminta tindakan diambil kepada mahasiswa yang menyertai aktiviti politik di luar kampus.  "Perkara itu bertentangan dengan AUKU yang membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan sebarang aktiviti politik di luar kampus," ujarnya.  Hendry turut menegaskan, kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa akan menggalakkan cara berfikir lebih kritikal selain menunjukkan semangat demokrasi.


"Kami juga dapati ada surat yang meminta tindakan diambil kepada mahasiswa yang menyertai aktiviti politik di luar kampus.

"Perkara itu bertentangan dengan AUKU yang membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan sebarang aktiviti politik di luar kampus," ujarnya.

Henry turut menegaskan, kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa akan menggalakkan cara berfikir lebih kritikal selain menunjukkan semangat demokrasi.

BACA: PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar