awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan kekal, diperkukuhkan lagi - Najib

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2014
04:34 MYT
Akta Hasutan kekal, diperkukuhkan lagi - Najib
Akta Hasutan akan terus dikekalkan - Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.
Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.
"Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.
"Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO ke-68, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sejurus Presiden UMNO mengumumkan pengekalan Akta Hasutan, para perwakilan berdiri dan memberikan tepukan gemuruh.
Najib menjelaskan keputusan mengekalkan Akta Hasutan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada semua pihak.
Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan.
Malah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan perasmian sayap UMNO pada Selasa turut menegaskan keperluan mengekalkan Akta Hasutan.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan