awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah pujuk anak Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk jadi calon

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
13/04/2018
07:34 MYT
Amanah pujuk anak Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk jadi calon
Anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar hampir pasti muncul sebagai calon parti Amanah dalam PRU-14.-gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan pihaknya kini di peringkat akhir rundingan bagi menamakan salah seorang anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14.
Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, keputusan itu akan dimuktamadkan esok.
"Berita itu betul, sebab fikrah dan pemikiran itu memang sudah selari tetapi ada beberapa perkara teknikal yang melibatkan keluarga yang sedang diuruskan.
"Esok akan menyelesaikan perundingan, pengumuman tidak akan buat lagi, perundingan sedang berlangsung," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Khabar angin kuat mengatakan, anak bekas Mursyidul Am Pas itu akan menjadi calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.
Sebelum ini anak Allahyarham Nik Aziz, Nik Omar dikatakan berminat untuk menyertai Amanah namun di halang keluarga.
Selain itu, Nik Omar turut tersenarai sebagai calon menteri besar bersama Husam Musa sekiranya PH menang di Kelantan.
Bagaimanapun menurut Wan Rahim, tiada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini.
“Calon Menteri Besar tidak bincang lagi, kalau ikut Penasihat DAP, Lim Kit Siang kata Husam sebagai Menteri Besar di negeri ini. Husam pula pernah cakap di hadapan rakyat sekiranya Nik Omar bertanding (tiket Amanah) dan menang, beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar.

“Ini supaya Nik Omar boleh menyambung legasi Tok Guru di negeri ini. Bagaimanapun, keputusan itu akan diputuskan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan,” katanya.

Topic Berkaitan
#Amanah
#Calon MB Kelantan
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#Husam Musa
#Nik Aziz
#Nik Omar
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan