awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah sedia terima ahli keluar parti dengan syarat

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
06:08 MYT
Amanah sedia terima ahli keluar parti dengan syarat
MOHAMAD SABU: Perbincangan akan diadakan oleh Amanah dan Pakatan Harapan jika ada sebarang permohonan untuk menyertai parti itu. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menerima mana-mana ahli Parlimen yang keluar parti dan ingin menyertai amanah, bagaimanapun keputusan itu perlu diperhalusi atas persetujuan bersama.
Menurut Presidennya, Mohamad Sabu, perbincangan akan diadakan oleh amanah dan pakatan harapan jika ada sebarang permohonan untuk menyertai parti itu.
“Kalau ada yang memohon kita akan bincang kita akan buat keputusan berdasarkan keputusan bersama dalam Amanah dan Pakatan Harapan,” kata Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada Jumaat.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.
Lebih 3,000 peserta yang terdiri dari perwakilan dan pemerhati hadir di konvensyen nasional kali ketiga yang berlangsung di Perak.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai 13 ahli UMNO dan pemimpin kanan di Sabah yang bertindak keluar parti, Mohamad Sabu menyifatkan ia sebagai tindakan yang bijak.
Ujarnya sekiranya ada permohonan, perbincangan akan dilakukan dari masa ke semasa berkenaan status kedudukan mereka, khususnya bagi mereka yang berjawatan besar.
“Tidak menyusahkan mereka boleh keluar berada di luar dan lepas itu kita akan bincang seterusnya kalau ada permohonan menyertai mana mana parti kita akan bincang tentang kedudukan mereka terutama berjawatan besar kita akan bincang dari masa ke semasa tapi mereka meninggalkan UMNO itu satu langkah yang cukup bijaklah bagi saya kapal dah karam lari keluarlah semua,” tambahnya.
Dalam pada itu, antara intipati ucapan yang disampaikan oleh beliau dalam konvensyen ini termasuk menggalas amanah rakyat, memulihkan ekonomi negara, membina negara bangsa serta mengukuhkan amalan urus tadbir baik dan menghapuskan rasuah.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018
#Malaysia Baharu
#Mohamad Sabu
#rakyat
#Salahuddin Ayub
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan