Ambil tindakan tegas mereka yang hina agama - Anwar

Ambil tindakan tegas mereka yang hina agama - Anwar
ANWAR: Kita kena tegas dan sekiranya kita mengambil pendekatan secara liberal, rakyat boleh berperang. - Gambar fail/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perbuatan menanam kebencian dan menghina agama perlu diberi tindakan tegas kerana ia adalah perbuatan yang jahat dan tidak menguntungkan negara, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, perbuatan seperti itu boleh mencetuskan pergaduhan sesama kaum di negara ini.

“Tak boleh, kita kena tegas dan sekiranya kita mengambil pendekatan secara liberal, rakyat boleh berperang.
“Kita perlu membezakan di antara hak dan kebebasan menyuarakan pandangan serta memberikan teguran, bukannya menghina akidah dan keyakinan orang lain seperti menghina Rasul kerana itu adalah kerja bodoh serta jahat yang tidak akan menguntungkan negara,” kata Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-33.

Tambah Anwar, semua pihak perlu memeberi fokus pada pembangunan ekonomi, menyelesaikan masalah rakyat dan kemiskinan bukannya mengalihkan tumpuan pada isu berkenaan.

Tegas beliau, mereka yang mencetuskan kontroversi ini harus bersedia diambil tindakan tegas dan keras daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook 'Foo Sin Wei' yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah, sekali gus mengundang kecaman dan kemarahan netizen.

BACA: Polis tahan warga emas disyaki hina Rasulullah SAW

B
ACA: 
Polis kenal pasti individu hina Nabi Muhammad SAW

Tag: Anwar Ibrahim, PKR, rakyat, Foo Sin Wei, menghina Nabi, menghina agama


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.