awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin minta Rafizi timbang semula hasrat untuk bersara dari politik

Bernama
Bernama
11/12/2019
16:05 MYT
Aminuddin minta Rafizi timbang semula hasrat untuk bersara dari politik
AMINUDDIN: Saya sebagai sahabat merayu supaya beliau mempertimbangkan semula hasrat itu. - Gambar fail
Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun meminta Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli supaya menimbangkan semula hasrat beliau untuk bersara dari politik.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata ini kerana beliau adalah seorang tokoh yang mampu ke hadapan lebih jauh dalam arena politik tanah air.
"Kita tidak harus kehilangan tokoh politik yang betul-betul berjuang untuk memastikan bahawa perubahan itu dapat dijalankan dengan baik.
"Saya sebagai sahabat merayu supaya beliau mempertimbangkan semula hasrat beliau itu supaya rakyat negara ini tidak kehilangan seorang yang mampu memberikan pandangan, idea dan semangat untuk melihat bahawa demokrasi itu dapat dijalankan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Mohd Rafizi untuk bersara dari politik.
Pada 15 Nov lepas, Mohd Rafizi dilaporkan berkata beliau tidak berminat untuk kembali aktif berpolitik buat masa sekarang, dan mengatakan dalam tempoh tiga ke empat tahun ini beliau hanya mahu menjadi rakyat biasa. -- BERNAMA
BACA: Rafizi Ramli umum akhiri dunia politik, ingin ceburi bidang teknologi
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#bersara dari politik
#PKR
#politik
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan