awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK mahu pemilihan parti dikaji semula

Bernama
Bernama
16/11/2018
20:07 MYT
AMK mahu pemilihan parti dikaji semula
PKR perlu akui bahawa terdapat 'ketidaksempurnaan' dalam sistem demokrasi langsung yang dibawa parti.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu supaya sistem Pemilihan Parti yang dilaksanakan tahun ini dikaji semula.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata PKR perlu akui bahawa terdapat 'ketidaksempurnaan' dalam sistem demokrasi langsung yang dibawa parti.
"Saya ingin gesa...saya percaya sentimen ini dibawa bersama anggota AMK semua, kita mahu dikaji semula dalam proses pemilihan yang telah kita laksanakan
"Saya tak nak pertikai keputusan tetapi saya mahu kita muhasabah untuk akui terdapat kekurangan dalam sistem pemilihan kita, sistem demokrasi langsung yang kita bawa," katanya dalam penggulungan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK 2018 di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata tempoh pemilihan terlalu panjang selama sembilan minggu dilihat 'tidak produktif' yang menghalang calon-calon terlibat memberi fokus kepada tugasan hakiki lain.
"Saya khuatir dengan 850,000 anggota seluruh negara sekarang dan nanti bila mana kita tabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti yang baharu kita mungkin akan ada ahli lebih 1.6 juta di seluruh negara.
"Kalau 850,000 anggota kita buat sembilan minggu saya tidak tahu 1.6 juta ahli nanti, berapa tahun makan masa," katanya.
Beliau juga menemplak anggota PKR yang berpecah disebabkan hanya sekeping 'cai', yang merujuk kepada senarai calon kumpulan tertentu untuk dipilih anggota parti.
Sementara itu Setiausaha AMK Chang Lih Kang berharap supaya anggota PKR tidak berpecah hanya kerana pemilihan parti.
"Jangan kita berpecah, kita telah lalui banyak pemilihan parti sampai hari ini kita tidak berpecah malah kita masih kuat sehingga hari ini, malah menjadi wakil terbanyak dalam kerajaan.
"Seperti tahun-tahun lain, kita takkan berpecah kerana pemilihan adalah dalam kalangan anggota keluarga, dan bukan 'pemenang ambil semua', kita akan beri ruang sepenuhnya kepada semua orang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMK PKR
#Anwar Ibrahim
#Dr Afif Bahardin
#kerajaan
#Parti Keadilan Rakyat
#pemilihan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan