Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan keluar dari UMNO.
Katanya, Mustapa atau Tok Pa merupakan antara mentornya yang membuka peluang melalui pertubuhan belia sebelum menyertai politik dan memenangi kerusi Galas pada pilihan raya umum baru-baru ini.
Presiden Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan itu berpendapat, tindakan Tok Pa akan menjejaskan UMNO kerana beliau merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) serta mendapat undian tertinggi pada pemilihan baru baru ini.
"Tok Pa merupakan seorang yang berprinsip dan bijaksana dalam setiap gerak kerja. Namun, keputusan keluar UMNO adalah sesuatu yang mengejutkan saya," katanya kepada Astro AWANI.
"Tindakan ini pastinya menjejaskan parti UMNO kerana beliau adalah ahli MT yang tidak pernah kalah dan sentiasa berada pada ranking teratas pilihan perwakilan UMNO," tambahnya.
Pada masa sama, Mohd Syahbuddin mahukan Presiden dan seluruh kepimpinan UMNO Pusat memandang hal ini dengan serius.
BACA: Tok Pa sedar Umno sudah rosak
BACA: Tok Pa tahu apa yang dia buat
BACA: Selepas Tok Pa saya pula tinggalkan Umno?
Katanya, dalam konteks DUN Kelantan, UMNO kehilangan seorang yang sentiasa membela parti.
Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan sebarang tindakan selanjutnya susulan tindakan Mustapa, namun beliau berpandangan pimpinan seharusnya melihat situasi ini sebagai suatu perkara luar biasa.
Ini katanya, bagi mengelak pemimpin lain mengambil langkah yang sama.
Muhafandi Muhamad
Tue Sep 18 2018
Mohd Syahbuddin (kiri) menganggap tindakan Tok Pa (kanan) akan menjejaskan UMNO kerana beliau merupakan ahli MT serta mendapat undian tertinggi pada pemilihan baru baru ini. Astro AWANI / Muhafandi Muhamad / Gambar fail
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Anak didik Tok Pa terkejut dengan tindakan mentor
Katanya, Mustapa atau Tok Pa merupakan antara mentornya yang membuka peluang melalui pertubuhan belia sebelum menyertai politik dan memenangi kerusi Galas pada pilihan raya umum baru-baru ini.