awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Parlimen lompat parti perlu dedah dakwaan rasuah pemimpin UMNO

Bernama
Bernama
15/12/2018
23:28 MYT
Anggota Parlimen lompat parti perlu dedah dakwaan rasuah pemimpin UMNO
Jayakumar berkata ia adalah antara tiga syarat ditetapkan Majlis Presiden PH, yang perlu dipersetujui oleh Anggota Parlimen yang melompat parti. - Gambar fail/BERNAMA
Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menganggotai Pakatan Harapan (PH) perlu mendedahkan segala dakwaan perlakuan rasuah melibatkan pemimpin UMNO tanpa gentar, kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata ia adalah antara tiga syarat ditetapkan Majlis Presiden PH, yang perlu dipersetujui oleh Anggota Parlimen yang melompat parti.
Sebagai tambahan kepada pengiktirafan dan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, beliau berkata Anggota Parlimen berkenaan harus menegaskan semula komitmen tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri yang berikutnya.
Katanya mereka juga perlu komited terhadap perjuangan PH untuk membawa perubahan positif kepada negara ini menerusi sokongan menyeluruh di Dewan Rakyat bagi usul yang dibangkitkan Anggota Parlimen PH memandangkan perubahan besar oleh PH yang dilihat positif kepada rakyat dan mungkin memerlukan majoriti dua pertiga juga perlu disokong oleh Anggota Parlimen berkenaan.
"Paling penting, mereka kini perlu mengambil peluang ini untuk menyatakan, mendedahkan atau memberi maklumat sebarang dakwaan rasuah yang lain membabitkan pemimpin UMNO semasa seperti Datuk Seri Najib Razak atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tanpa rasa gentar, bukan sahaja kepada kepimpinan PH tetapi juga kepada rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Rabu lepas, UMNO Sabah lumpuh berikutan pemimpin utamanya keluar beramai-ramai daripada UMNO, menyaksikan peletakan jawatan sembilan daripada 10 ADUN, lima daripada enam Anggota Parlimen dan 22 daripada 25 ketua bahagian.
Pada Jumaat, enam Anggota Parlimen daripada UMNO mengumumkan keluar daripada parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#rakyat
#Rasuah
#UMNO
#Xavier Jayakumar
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan