awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PKR perlu hormati keputusan Presiden

Hilmi Malik
Hilmi Malik
20/12/2018
07:31 MYT
Anggota PKR perlu hormati keputusan Presiden
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan bukan secara peribadi tetapi berunding dan mendapatkan kesepakatan kesemua Ketua Cabang sebelum membuat keputusan. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Semua anggota PKR perlu menghormati keputusan Presiden parti dalam pemilihan Pengerusi Pimpinan Negeri.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan secara peribadi, sebaliknya, beliau terlebih dahulu berunding dan mendapatkan kesepakatan kesemua Ketua Cabang sebelum membuat keputusan.
"Sejak kongres berakhir, Anwar telah mengambil masa lebih sebulan untuk berunding dengan Ketua Cabang, dia (Anwar) sudah berunding dengan semua Ketua Cabang dari Perlis ke Sabah", katanya.
Tambahnya, setelah berunding, perlembagaan parti mengatakan Presiden parti boleh melantik Pengerusi Negeri.
Jelas beliau lagi, parti tidak memerlukan pelan pemulihan sekiranya tidak berlaku pertikaian dalam kalangan ahli malah menghormati proses dan keputusan Anwar.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Food Truck Malaysia (FTM) dan penyerahan kenderaan Program Transformasi Peniaga di Putrajaya pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Saifuddin Nasution
#hormat keputusan Presiden
#pemilihan
#PKR
#presiden
#Setiausaha Agung PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan