awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
KPDN tumpaskan cubaan seludup gula, minyak masak di pangkalan haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/11/2019
12:32 MYT
Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Terdapat dua kemungkinan berhubung perjumpaan antara sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, antara Mohamed Azmin dan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, salah seorang mungkin berbohong.
"Ada dua kemungkinan, pertama salah seorang berkata tidak benar. Mungkin Azmin beri laporan yang tidak benar, ataupun beliau beri laporan yang benar tapi Dr Mahathir berkata tidak benar. Saya tidak dapat mengesahkan.
"Yang pasti, kenyataan itu sudah dinafikan oleh tuan punya badan. Kesemua mereka sudah mengeluarkan kenyataan media secara bertulis menafikan kenyataan Perdana Menteri," kata Annuar sewaktu sesi sidang media berkenaan Perhimpunan Agung Umno di PWTC, pada Selasa.
Tambah Annuar lagi, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.
"Apa sahaja kenyataan Tun, ia selalunya mempunyai maksud tersirat. Kebiasaannya tidak boleh ditafsirkan begitu sahaja.
"Agak bodoh kalau ada yang mahu lompat parti, apatah lagi parti yang baru kalah dengan majoriti 15,000 dalam pilihan raya kecil," ujarnya lagi.
Mohamed Azmin sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasminya di Putrajaya pada 18 November lalu.
Dalam reaksinya terhadap pertemuan itu, perdana menteri menyifatkan kumpulan anggota parlimen BN itu sebagai 'kehilangan parti'.
“Orang UMNO ini sudah hilang parti, tak tahu apa nak buat. Jadi mereka tanya sama ada nak masuk parti lain atau tidak.
“Ada juga yang membuat kenyataan sokong kepimpinan Dr Mahathir,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#anggota parlimen
#Annuar Musa
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya kecil
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan