awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar jawab mengapa rakyat tolak Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2018
23:12 MYT
Anwar jawab mengapa rakyat tolak Najib
Anwar menyampaikan ucapan khas di hadapan sebahagian penyokongnya selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di Segambut malam tadi. --fotoBERNAMA
Rakyat Malaysia menolak pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana mahu jaminan kebajikan dan hentikan kezaliman serta keangkuhan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Pakatan Harapan (Harapan) adalah hasil sokongan kaum Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Bugis dan lain-lain.
"Kawasan kaum Dayak menang di mana? Itulah kawasan paling hulu dan paling hujung, kalau orang Kedah kata, tempat jin bertendang... puncak Borneo sana.
"Kaum Cina pun sokong kita semua. Kenapa? Kerana mereka rasakan kita dapat beri alternatif untuk tegakkan keadilan.
"Malah, PRU kali ini adalah luar biasa. Untuk PKR kita ada enam ahli Parlimen bagi kaum India yang menang, mereka juga sokong kita," katanya selepas majlis iftar di kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini, malam tadi.
Pada PRU14, Harapan meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu selepas memenangi 135 daripada 222 kerusi.
Topic Berkaitan
#alternatif
#Anwar Ibrahim
#Cina
#India
#Keadilan
#kerajaan
#kerajaan Persekutuan
#majlis iftar
#Malaysia
#Melayu
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PKR
#PRU14
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan