Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Anwar jumpa pemimpin DAP, Amanah

Anwar jumpa pemimpin DAP, Amanah
Anwar berjumpa dengan pemimpin DAP dan Amanah pada Ahad malam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP dan Amanah sekitar 11 malam Ahad.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dimanakah lokasi pertempuan itu diadakan.

Datuk Seri Anwar sebelum itu dilihat berada di kediamannya di Bukit Segambut dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.
Beberapa pemimpin PKR dilihat mengadakan pertemuan bersama Presiden itu sejak petang Ahad.

Pertemuan itu difahamkan berkait rapat dengan perkembangan terbaharu politik tanah air. 
Pada Ahad, dilaporkan berlangsung lima mesyuarat parti politik yang sekali gus mencetuskan spekulasi kepada perubahan kepimpinan.


Tag: politik malaysia, anwar ibrahim, dap, amanah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.