Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang tidak akan sekali-kali membiarkan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan pimpinan DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurut beliau, dua tokoh pembangkang itu tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku berikutan apa yang telah dilakukan Dr Mahathir terhadap mereka dan negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, selain hakikat bahawa Pakatan Harapan hanya akan meragut nyawa sendiri sekiranya mereka menghadapi pilihan raya umum nanti dengan berjanji kepada pengundi untuk kembali kepada Mahathirisme.
"Tawaran Mahathir akan menjadi perdana menteri Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang tulen dan hanya sekadar untuk 'ambil hati' orang tua itu agar beliau terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata bendahari Umno itu dalam catatan melalui blognya sskeruak.blogspot.my.
Salleh berkata, Dr Mahathir, yang kini pengerusi Pakatan Harapan, terdesak dan sedar bahawa dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal Forex Bank Negara melibatkan US$10 bilion, bukan sahaja legasinya akan musnah, tetapi dinasti politik beliau juga tidak akan menjadi kenyataan serta anak beliau dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak lagi mempunyai harapan untuk menjadi perdana menteri.
"Jadi, inilah masa paling baik untuk memperguna keadaan terdesak Mahathir itu agar beliau meningkatkan lagi serangan terhadap Najib, dengan menjanjikan jawatan perdana menteri kepada beliau," kata bendahari Umno itu.
Menyentuh andaian ciptaan pembangkang bahawa Dr Mahathir akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang serta akan dilantik menjadi perdana menteri, Salleh berkata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sudah tersasar daripada realiti sekiranya beliau berfikir perkara itu akan berlaku.
"Sudahkah Mahathir lupa pada 2004 apabila pengundi memberi keputusan pilihan raya terbaik kepada Barisan Nasional (BN) dalam sejarahnya kerana mereka amat gembira untuk melihat Mahathir bersara?" tanya beliau.
Salleh berkata sikap hipokrit yang dipamerkan Pakatan Harapan dapat dilihat dengan begitu jelas dan hanya seseorang yang amat jahil sahaja tidak mampu melihatnya.
"Prinsip serta akhlak sudah tiada lagi dan Pakatan Harapan akan sanggup berkata dan berbuat apa sahaja, tidak kira betapa tidak masuk akal sekali pun, semata-mata untuk memperdaya pengundi kononnya mereka mempunyai formula untuk menang, sedangkan pada hakikatnya, barisan kepimpinan mereka hanya menunggu masa untuk mengalami musibah," katanya.
Beliau berkata Pakatan Harapan menyangka pengundi boleh diperdaya dengan mudah dan mereka akan memenangi pilihan raya umum akan datang melalui tipu helah.
"Tetapi, pengundi dapat melihat perkara itu dengan ketara," kata Salleh sambil menjelaskan bahawa Dr Mahathir akan menjadi calon pilihan raya paling tua dalam sejarah dunia iaitu pada usia 93 tahun, sekiranya beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Beberapa hari lepas, media tempatan dan antarabangsa dilanda euforia mengenai apa yang disebut sebagai 'gandingan' Dr Mahathir-Anwar dan apa yang dikatakan persetujuan tentang siapa yang akan menjadi perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017
Salleh berkata sikap hipokrit yang dipamerkan Pakatan Harapan dapat dilihat dengan begitu jelas dan hanya seseorang yang amat jahil sahaja tidak mampu melihatnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.