awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mohon maaf program berbuka puasa seperti pesta

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2019
13:58 MYT
Anwar mohon maaf program berbuka puasa seperti pesta
Anwar ketika sesi sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Pusat PKR di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf berhubung tindakan Pemuda parti itu yang mengadakan program berbuka puasa seperti sebuah pesta.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima bantahan daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa program tersebut disambut dengan lagu dan bunga api.
"Kita terima sedikit bantahan dan kekesalan satu program dianjurkan Pemuda PKR menyambut Ramadan iftar malam tadi dengan acara pesta-pestaan, lagu dan bunga api.
"Saya minta maaf ke atas keterlanjuran ini," katanya pada sidang akhbar yang disiarkan menerusi Facebook selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.
Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau memberikan teguran yang keras terhadap Pemuda PKR supaya menghormati bulan Ramadan dan tidak menjalankan kegiatan yang menyimpang daripada tradisi budaya Islam.
"Ketua Pemuda PKR menjelaskan program ini diselenggarakan oleh timbalan beliau dan saya minta Pemuda PKR supaya memperbaiki kelemahan ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#buka puasa
#bunga api
#Facebook
#iftar
#mohon maaf
#Pemuda PKR
#pesta
#PKR
#puasa
#Ramadan
#teguran keras
#tradisi budaya Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan