awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mungkin bebas dalam seminggu lagi - TPM Wan Azizah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/05/2018
12:52 MYT
Anwar mungkin bebas dalam seminggu lagi - TPM Wan Azizah
Dr Wan Azizah kata, Datuk Seri Anwar gembira satu demi satu kerajaan negeri Pakatan Harapan tertubuh
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum beri jaminan tarikh sebenar suami beliau, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibebaskan.
Namun, ujar beliau lagi, Yang di-Pertuan Agong sendiri sudah memaklumkan kepada mereka bahawa Baginda ingin perkara itu diselesaikan secepat mungkin.
“Memang kita diberitahu bahawa Tuanku Agong, bila saya sendiri pergi menghadap Tuanku Agong, Baginda memang mahukan pengampunan ini berlaku secepat mungkin.
“Kita tidak tahu jangka masa bila dilepaskan tetapi kita jangka secepat mungkin dalam seminggu… saya tidak tahu, tetapi kita akan kaji tentang peraturan penjara, siapa punyai kuasa untuk lepaskan saudara Anwar,” katanya kepada wartawan selepas melawat Datuk Seri Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini hari ini.
Dr Wan Azizah berkata, pengampunan itu penting bagi membolehkan Datuk Seri Anwar mengambil bahagian secara langsung dalam persada politik Malaysia.
Terdahulu, beliau sempat memberitahu media bahawa Anwar amat gembira kerana Upacara Angkat Sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7 berlangsung dengan aman.
Kata Dr Wan Azizah lagi, Datuk Seri Anwar juga gembira kerana satu demi persatu kerajaan negeri Pakatan Harapan tertubuh, walaupun terdapat sedikit pergolakan di beberapa negeri.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan