awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/09/2019
07:43 MYT
Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat
Isu itu timbul selepas ketegangan yang tercetus antara penyokong Anwar dan Mohamed Azmin dalam PKR sebelum ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke mesyuarat untuk membincangkan beberapa isu mengenai parti yang tidak dihadiri Timbalan Presiden itu sebelum ini.
Jelasnya, ia tidak akan dinyatakan kepada umum dan bertegas mahu Mohamed Azmin hadir ke mesyuarat parti selain mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Apa yang saya tahu dia tidak datang, saya sudah nasihat dia untuk datang," katanya.
Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama Persidangan yang dianjurkan Majlis Antarabangsa untuk Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara (ICHCC-SEA) dengan Persatuan Sejarah Malaysia di sini, pada Selasa.
Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan dilihat beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi.
Isu itu timbul selepas ketegangan yang tercetus antara penyokong Anwar dan Mohamed Azmin dalam PKR sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut meminta Zuraida Kamaruddin hadir ke mesyuarat sama untuk membincangkan isu parti selain hal surat yang ditimbulkan Naib Presiden PKR itu.
Zuraida pada Isnin memberitahu, tidak akan melayan sebarang jawapan daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketiga-tiga surat yang diserah kepadanya. Sebaliknya, Zuraida menjelaskan masih menunggu jawapan daripada Anwar berhubung penyerahan surat untuk beliau bertemu Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Pada 20 Ogos lalu, Zuraida mendedahkan permintaannya yang tidak ditunaikan Anwar menjadi salah satu punca mengapa beberapa pemimpin parti bertindak untuk tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat MPP.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Port Dickson
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#ICHCC-SEA
#Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara
#Majlis Pimpinan Pusat
#Malaysia
#MPP
#PKR
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan