awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan PM Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2018
07:41 MYT
Anwar ulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan PM Tun Mahathir
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan penuh parti itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan penuh parti itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya menghargai kunjungan perdana menteri, Tun Mahathir (pada Sabtu) dan dalam pertemuan itu, saya telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.
"Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Anwar berkata beliau telah menyampaikan pandangan beliau kapada pimpinan PKR untuk memastikan Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.
"Saya juga menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PKR
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan