Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid

Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid
Zahid berkata kesemua pihak harus menghormati prinsip asas penubuhan BN, termasuk pendapat empat lagi parti komponen termasuk UMNO dan MIC. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang keputusan untuk bubarkan gabungan parti itu perlu dicapai secara konsensus, bukannya semata-mata cadangan satu komponen sahaja.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata kesemua pihak harus menghormati prinsip asas penubuhan BN, termasuk pendapat empat lagi parti komponen termasuk UMNO dan MIC.
“Kerana (BN) ada lima buah parti, jadi saya akan adakan rundingan dan perbincangan dengan empat lagi parti teras.

“Dan tentunya MCA tidak mempunyai hak untuk cadangkan supaya BN dibubarkan. Walaupun ia satu cadangan, mereka harus tahu sebarang keputusan BN akan dibuat secara konsensus atau sebulat suara,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menasihati MCA untuk lebih fokus dalam memperkukuhkan kembali parti mereka, apatah lagi Pilihan Raya Umum yang lepas menyaksikan parti kedua terbesar BN itu hanya mampu memenangi satu kerusi parlimen sahaja iaitu Ayer Hitam.

“Itu pun majoriti pengundinya adalah orang Melayu,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.




 

Tag: Zahid Hamidi, MCA, MIC, Barisan Nasional, UMNO, bubar BN


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.