Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq

Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: Krisis politik yang melanda negara sebagai satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan Bersatu.
KUALA LUMPUR: Armada Bersatu malaysia (Armada) menyokong pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak kerjasama UMNO secara ‘en-bloc’ iaitu kemasukan secara blok di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Armada turut mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri, dan mengetuai pentadbiran negara demi kemaslahatan umum dan kepentingan negara.
Armada tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc'

Pada masa sama, Armada menyifatkan krisis politik yang melanda negara sebagai satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan prinsip perjuangan Bersatu.

“Armada Bersatu Malaysia akan terus mempertahankan kebenaran dengan mengangkat suara rakyat sebagai suara keramat,” tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, UMNO, Pas, MCA dan MIC dalam satu sidang media menggesa supaya Parlimen dibubarkan.

Perkara berkenaan dipersembahkan kepada Yang Di-pertuan Agong, ketika mengadap baginda di Istana Negara.

BACA: Blok pembangkang sepakat, Parlimen dibubarkan





Tag: ARMADA, ARMADA Bersatu Malaysia, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Perdana Menteri, UMNO, PAS, MIC, MCA



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.