awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada tolak kerjasama dengan UMNO, mahu kembali kepada PH

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2020
16:27 MYT
Armada tolak kerjasama dengan UMNO, mahu kembali kepada PH
Armada menyokong pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menyokong pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Dr Mahathir serta exco dan ketua-ketua Armada negeri.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan isu masa depan dan kelangsungan parti.
“Ahli mesyuarat Armada Malaysia dengan ini menyokong penuh pendirian Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.
“Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, Bersatu telah dengan Pakatan Harapan sejak awal perjuangan bagi menyelamatkan negara.
“Susah dan senang akan kita hadapi bersama sebagai satu keluarga.
“Pendirian ini adalah berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak,” kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Armada Bersatu
#Armada tolak UMNO
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PH
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan